
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi baginda iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya, Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini yang boleh kita amalkan. Antaranya ialah:-
~ Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
~ Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insyaallah hilang dahaga.
~ Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.
~ Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
~ Jika membacanya 1000 kali, rezeki kita akan bertambah.
~ Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
Selamat Beramal..(^_^)
Sumber : http://pakarhowto.com/belajar-bisnes-internet/rahsia-fadhilat-surah-al-kausar.html




No comments:
Post a Comment