
Jam di Mekah adalah pelengkap kepada 10 jam didunia terbesar sehingga menyempurnakan maksud hadis ” Akan terbina mercu tanda yang lebih tinggi daripada Kaabah sebelum berlakunya Qiamat ”
"Apabila melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, saya terfikir: apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat itu. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan, juga ketika Allah memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian.

Saya juga teringat dengan jawapan Nabi Muhammad SAW kepada Jibril yang berupa sebagai lelaki segak dalam hadis Islam, Iman, Ihsan ketika Jibril bertanya Nabi tentang Kiamat. Lantas Nabi hanya menyebutkan tanda-tanda Kiamat kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila berlakunya Kiamat. Yang menarik dari pelbagai tanda Kiamat itu-kecil dan besarnya, Nabi Muhammad SAW menyebut: ‘..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.’ SubhanAllah! Nabi sebut satu tanda Kiamat dalam keadaan Mekah masih terlalu daif dan naif fizikalnya. Itulah mukjizat. Itulah tanda Kiamat. Dan itulah yang bakal kita lihat.
Menara Abraj Al-Bait atau lebih dikenali sebagai “Menara Jam Diraja Mekah” adalah sebuah kompleks yang masih dalam pembinaan di Mekah, Arab Saudi. Pembinaan menara ini dijalankan oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group.
Jika pembinaan menara ini siap mengikut jadual, ianya akan menjadi salah sebuah menara yang tertinggi di Arab Saudi dan juga merupakan sebuah bangunan hotel yang terbesar dan tertinggi di dunia berdasarkan fakta berikut:

1. Ruang legar yang besar berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi) bersamaan dengan keluasan Terminal 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai di UAE.
2. Ketinggiannya akan melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia. Ianya bakal menempatkan hotel bertaraf 7 bintang.
3. Menempatkan ruang beribadat yang besar bagi menampung seramai 10,000 orang dalam satu-satu masa.
4. Bakal menjadi bangunan ke dua tertinggi di dunia yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2011.
5. Menempatkan pusat beli-belah dan garaj parkir yang boleh menampung ribuan kenderaan pada satu-satu masa.
6. Kawasan kediaman mewah di mana, kawasan kediaman yang paling tinggi terletak pada ketinggian 450 meter dan ianya berada di bawah jam tersebut. Jumlah keseluruhan bagi penempatan kawasan kediaman adalah dianggarkan boleh memuatkan 100,000 orang.
7. Menempatkan jam pada setiap sudut menara (43 × 43 m (141 × 141 kaki) menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia.
8. Atap menara adalah 530 m(1,740 kaki) dan ianya bakal menjadikan sebuah menara jam yang paling tinggi di dunia.
Kini di awal minggu Ramadhan yang lalu bangunan ini sudah memasuki fasa percubaan selama 3 bulan untuk menguji sistem yang dipasang dan lain-lain. Menara yang terletak di kompleks Abraj al-Bait bakal menggunapakai waktu standad Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard).
Setiap dari sudut jam ini bakal dipaterikan dengan 2 juta lampu LED berserta dengan tulisan Arab yang cukup besar yang bertulis “Dengan Nama Allah”. Selain itu, 21,000 lampu putih dan hijau akan dilengkapkan di sudut atas jam tersebut dan akan terpancar sehingga 19 batu jauh dengan menggambarkan dan memberi isyarat sembahyang lima waktu umat Islam. Selain itu, ianya bakal menjadi satu kemudahan bagi menampung 10 juta orang Islam yang bakal mengerjakan haji pada setiap tahun.

Mengikut percakapan Mohammed al-Arkubi, pengurus di salah satu hotel di kompleks menara tersebut melalui telegraph: ‘..Menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT) yang menggambarkan sebagai sebuah bekas kolonial oleh sesetengan masyarakat muslim. Ini akan meletakkan Mekah terkehadapan dari GMT..inilah sasarannya dan saya amat berbangga dengan pembinaan menara ini'.
INFO TERBARU:
16 pancaran jadi isyarat mula puasa (2011/08/01)
PANCARAN lampu dilakukan di menara jam Makkah bagi mengumumkan permulaan Ramadan di Arab Saudi.
Menara jam Makkah isytihar Ramadan
MAKKAH: Menara jam diraja Makkah, menara kedua tertinggi di dunia, mula memancarkan 16 pancaran cahaya hingga ketinggian 10 kilometer petang semalam bagi mengumumkan permulaan Ramadan.
Pembesar suara juga dipasang di puncak menara bagi memperdengarkan laungan azan dari Masjidil Haram boleh didengar pada jarak tujuh kilometer manakala lampu berkuasa tinggi dengan sinaran berwarna putih dan hijau ketika azan berkumandang boleh dilihat sehingga 30 kilometer.
“Sinaran lampu itu bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai yang ada masalah pendengaran mengetahui masa solat,” lapor akhbar itu.
Akhbar Arabnews juga menyatakan, permukaan jam berkenaan berwarna putih manakala jarumnya berwarna gelap ketika siang, bertukar hijau serta putih pada waktu malam. Projek mega jam gergasi berkenaan dilaksanakan di menara ke lima projek Wakaf Raja Abdul Aziz, yang membabitkan pembinaan tujuh menara di Makkah.
“Semua persediaan menerima tetamu Ramadan di hotel penginapan menempatkan menara jam sudah lengkap.
Bilik dan suite mempunyai rekaan dalaman bercirikan Islam bagi menambahkan keindahan Ramadan,” kata pengarah telekomunikasi dan promosi perniagaan Hotel Antarabangsa Fairmont Raffles di Makkah, Khaled Yamaq.
Hotel Menara Jam Makkah mempunyai ketinggian 601 meter dengan 76 tingkat dan 858 suite serta mengadap Masjidil Haram.
“Kebanyakan jemaah dari pelbagai negara akan melawat menara itu bagi melihat lebih dekat seni bina menara jam. Kami menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur untuk 1,000 tetamu dengan menu sajian dari 15 negara,” katanya.
Agensi Media Arab Saudi melaporkan bedilan meriam dilepaskan tujuh kali di Makkah menandakan permulaan Ramadan. – Agensi
FAKTA TENTANG KAABAH

1. Dalil secara Qati’ (putus-tidak boleh dipertikai) untuk menyokong dan membenarkan bahawa Makkah al-Mukarramah adalah ‘Pusat Bumi’ seperti yang terkandung di dalam kitab-kitab Samawi spt Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran. Diikuti pula ilmu sains,astronomi dan geografi sebagai kajian dan resolusi kebenaran fakta tersebut. As-Syura:8 |Al-An’am:92
2. Menyatakan bahawa Makkah al-Mukarramah adalah sebagai ‘Tarikan Magnet Radiasi’ untuk Bumi. Bermakna tenaga semulajadi untuk jasad manusia boleh ditambah dan diperolehi dengan cara bersujud secara bersolat. Untuk mendapat cas tenaga ini, ciri sujud tersebut perlu betul, selaras dan bertepatan menghadap Ka’bah sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’. Untuk menetapkan Makkah sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’, penetapan serta persepakatan dari segi keadaan muka bumi, waktu dan masa yang betul perlu diseragamkan dan dipusatkan di sini. Maka, Makkah al-Mukarramah bukan sahaja pusat tarikan Magnet radiasi, tetapi ia juga merupakan tarikan ‘RUH’ umat Islam untuk melaksanakan amal ibadat.
3. Menyangkal fakta barat yang menyatakan bahawa permukaan bumi ini adalah 360 darjah. Sebenarnya ia adalah 390 darjah berdasarkan ukuran dari ‘Pusat Bumi Makkah’. Ukuran 390 darjah ini adalah lebih tepat berdasarkan persepakatan ahli di dalam bidang astronomi dan geografi Islam.
4. Mengukuhkan fakta yang menyatakan bahawa Ka’bah, masjid al-Quds dan masjid Nabawi adalah terletak di satu garisan geografi yang sama bermula dari Makkah dan berakhir di al-Quds al-Syarif. Berbeza dengan padangan yang sebaliknya. Maka, umat Islam di Palestin secara khususnya menghadap ke kiblat secara berhadapan terus ke arahnya tanpa perlu condong ke mana-mana arah. Begitu juga arah kiblat mereka juga terus menembusi ke arah masjid Nabawi, di Madinah al-Munawwarah. Ketiga-tiga masjid ini adalah merupakan saranan nabi Muhammad s.a.w untuk menziarahinya kerana keberkatan yang ada padanya.
5. Menyatukan dan memudahkan urusan waktu dan masa bagi ibadat HAJI, tahun HIJRAH dan sambutan hari kebesaran di dalam bulan Islam khususnya hari wukuf di Arafah yang sering menjadi perselisihan setiap tahun di Malaysia sekiranya menggunakan sistem GMT. Berbeza dengan sistem ‘Waktu Muslim Sedunia’ ini. Segalanya lebih baik dan tersusun.
6. Membina ‘JIHAD’ dan ‘KESATUAN’ umat Islam sedunia dari segi fikrah ‘MASA dan IBADAT’ dengan kewujudan ‘Waktu Antarabangsa Makkah’ bagi negara-negara Islam khususnya dan negara non-muslim secara amnya. Secara simboliknya, sistem Greenwich Mean Time (Waktu Min Greenwich) ini tidak lagi relevan dan sesuai diguna pakai di negara-negara Islam kerana banyak kelemahan dan ketidakserasian waktu dan masa untuk umat Islam.
7. Menyatakan bahawa GMT yang diasaskan oleh penjajah British ini adalah merupakan penyata garisan secara sangkaan salah mereka tanpa fakta dan kajian yang benar. Hal ini berlaku sewaktu penjajahan mereka di seluruh dunia pada tahun 1884 dengan menetapkan waktu di setiap negara-negara jajahan mereka adalah berdasarkan waktu dan masa di Britain. Ia bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran dan pengurusan politik mereka dengan negara-negara tersebut. Oleh itu, garisan panjang permukaan bumi Makkah bertepatan dengan garisan utara Magnet iaitu bersamaan ‘0′ darjah berbeza dengan penyelewengan yang telah ditetapkan oleh mereka berkenaan GMT iaitu dengan purata 8.5 darjah. Begitu juga di negara-negara selain Britain, sama ada ia berlaku penambahan atau pengurangan ukuran darjah permukaan bumi. Ini menyebabkan ketidakstabilan untuk umat Islam bagi menentukan arah kiblat dengan lebih tepat. Oleh sebab itu, GMT tidak sesuai lagi untuk dijadikan sebagai pegangan ‘MASA dan WAKTU’ penduduk dunia amnya dan negara-negara Islam secara khususnya sebagai pengurusan harian hidup. Bahkan Makkah al-Mukarramah adalah merupakan tumpuan dunia serta fokusnya adalah kepada Ka’bah al-Musyarrafah.
8. Menyahut seruan Allah s.w.t untuk bersatu dan bersistem dalam soal kehidupan manusia berdasarkan wahyunya di dalam al-Quran berkenaan isi kandungan surah al-A’sr (Demi Masa).




No comments:
Post a Comment