04 August 2011

Apa Hikmah Disebalik Semua Itu??

Pada satu zaman dahulu ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini ditimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada dalam kerajaan itu dikumpulkan.

Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh menyembuhkannya. Hingga akhirnya ada seorang tabib yang menyatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya akan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini meskipun dia menyedari ini bukan musim ikan itu muncul. Namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan tersebut. ANEHNYA, walaupun belum musimnya, ikan itu mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya..

Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal dengan kebijaksanaaan dan sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit penyakit yang sama. Kesimpulan dari tabib yang sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangatlah banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu rakyatnya sangat optimis rajanya akan pulih seperti biasa.

Tapi apa yg terjadi mengejutkan.. Ikan-ikan yg sepatutnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tiada satu pun yang memunculkan diri. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya , tetap saja ikan itu tidak bejaya ditemukan. Sehinggalah akhirnya raja yang bijaksana itu mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun bingung dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Allah dan bertanya,"Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirimkan ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu sehingga raja yang baik itu meninggal?? "Allah pun berfirman,"Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tiada lagi sedikit kebaikan pun yang akan dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!

Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikitpun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Aku tunaikan seluruhnya di dunia!"

PENGAJARAN

*ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan lagi. Keyakinan ini dapat menguatkan iman kita apabila kita ditimpa masalah, Insyaallah.
* sesungguhnya semua perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. mungkin Allah swt sekadar menguji hambanya yang taat dengan memberi ujian kepada mereka. Tempuhilah ujian itu dengan sabar, kerana mungkin Allah SWT telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untukmu atas kesabaranmu itu.
*Apabila kita tidak pernah ditimpa masalah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita, Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

No comments:

Post a Comment